Friday, May 09, 2008

From Taiping With Love!

Hanya aku dan Ros yang mengenali siapa itu Mya.
Dan...
Hanya Mya sahaja yang mengenali siapa aku dan Ros.

Selebihnya, apa yang korang dah tahu tentang kami - terpulanglah.
Mulut orang tak dapat ditutup, kan?

Allah itu Maha Kaya, Maha Mengetahui.
Dan aku juga yakin, Mya lebih mengetahui tentang semua yang terjadi.

Sabar masih ada batasannya. Jangan sampai disatu hari nan indah nanti, semuanya bertukar menjadi gelap gelita, sudahlah. Selagi boleh bertahan, aku akan bertahan.

Biarlah orang nak cakap aku jahat, aku lupa kawan, aku kawan yang ampeh bla bla bla whatsoever, aku tak kisah. Sebab aku tahu, aku masih dilandasan yang benar. Orang nampak, hanya aku melalak2 seorang diri dalam blog tak tentu pasal, sedangkan Mya hanya berdiam diri di dalam dunia blognya. Tapi, di alam realitinya....!?!?!

Sekarang, siapa yang lebih banyak bercakap, siapa yang lebih banyak berdiam?

Korang fikirkanlah sendiri hasil daripada komen2 yang aku dapat.
Renung2kanlah, dan selamat beramal.....

Nota kaki cagu: Aku sangkakan cuma 1 atau 2 saja yang tahu, rupanya tersebar seantero donia. Owh manusia!!!
|

Thursday, May 08, 2008

Koang stress!?!?

Koang stress dengan masalah keje? Masalah pemili? Masalah keluarga? Masalah duit? Masalah kawan2? Tipu la kalo kata tak stress sikit pun, kan?

Meh sesama kita amalkan doa di bawah nih, dengan niat dan izin Allah semoga segala tekanan yang dihadapi, dapat dikurangkan. Yuk!!!

Kepada Gadis, jangan lupo hafal doa di atas nih ek? Semoga hati ko lebih tenteram pasnih yek! Aminnnnnnnnn.... ;)

Nota kaki cagu: Hilang! Hmm....
|

1 datang 2 pergi....

Ari Senin [21/4/2008], dapat sms dari Kak Gee, dia bitaw yang big bos aku kena transfer ke Labuan. Berderau darah aku. Sedih dan terperanjat sangat2!

Kalo koang pasan, masa aku cuti untuk exam ari tu, aku ada datang ke opis [dan sempat ngedet blog]. Sebenarnya aku dan Kak Gee telah berganding bahu mengaturkan farewell party untuk our beloved big boss.

Dan farewell tersebut telah diadakan pada hari Jumaat [25/4/2008] hi-tea bertempat di Rebung Restaurant. Aku, Kak Gee, Konah dan Nabila nompang keta baru KR. Besh arh!! Merasa naik Merc! Ihiksss.

Berdebar2 gak rasa di ati masa melangkah masuk ke restoran tersebut, ye la, mana la nak taw kan, untung nasib, dapat la jumpa angkasawan Negara [yang menjadi rakan kongsi dengan pemilik restoran tersebut, Chef Ismail]. Tapi nasib tak menyebelahi aku arh. Dapat jumpa Chef Ismail yang begitu friendly jek. Ok la gak kan?!

Makanan2 kat situ, semuanya sedap2 belaka. Mee goreng mamak, roti jala, cucur bawang, laksa penang dan memacam lagi la. Abeh semua makanan aku bedal. Tengah menaip entry nih pon, leh terbayang kelazatan makanan2 tu. Harus aku gi lagi ke restoran tu di satu ari nan indah nanti.

Lepas makan2, Nazri selaku emcee menjemput Kak Ifa memberikan ucapan. Kak Ifa punya 'skrip' begitu menyentuh kalbu – mengimbas kembali kenangan bersama2 dengan big bos. Pehtu, time big bos bagi ucapan, ati aku cukup sebak skali. Huhuhu. Aku banyak terhutang budi dengan big bos aku nih. Tanpa dia, mungkin aku tak merasa dan berpeluang keje kat sini. Aiseh! Sebak lom ilang lagi arh! Uhukss uhukss uhukss.

To En. Jo, I tahu you baca blog I nih kan kan kan?! *senyum simpul* Wish you all da’ besh ya!!! Tq so much for everything!!! Jasa En. Jo takkan sesekali dilupakan!!! Semoga target you nak capai handicap 4 dalam golf tercapai hendaknya. *senyum lagi*. Nanti kami kumpul duit banyak2, gi buat lawatan ke Labuan ya! Ahaksss!!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Di hari yang sama [Jumaat, 25/4/2008], aku mendapat perkhabaran yang aku mendapat bos baru [collegue aku naek pangkat, dari Pengurus ke Timbalan Pengarah]. Seronok sebab dapat tengok perkembangan positif opismet, tapi dalam masa yang sama, rasa sedih amat sangat bila mengenangkan nasib bos aku. Tapi apakan daya, semuanya telah ditentukan.

Aku kehilangan 2 orang bos dalam sekelip mata! Sungguh sedih rasa hati!!!

Aku dah mula ‘jaga’ bos baru sekarang nih. Sebab tu la nombor tipon aku di opis telah bertukar. Harap maklum ya semua.

Nota kaki cagu: Weekend ni dah start kelas, kejap bebenor cutinya! Huwaaaaaaa!!!
|

Wednesday, May 07, 2008

Blog angkat..lagi dan lagi...

Ish la...Susah sungguh bila jadi orang glamer nih! Glamer satu hal, terer basic coding pon satu hal. Bila ada kedua-dua ceciri di atas, maka anda akan dipilih untuk menjadi 'kakak angkat' kepada blog-blog yang baru nak menapak.

Lepas melihat blog Trescutie dan blog Konahtiyut glamer [tapi tak baper nak glamer sangat la, mana leh lawan tokei, kan? ahaksss], ada plak soang hamba Allah nih pon tetiba rasa tingin nak berblog jugak. Kita namakan dia sebagai Kak Piah ye?!?

Asalnya, dah lama jugak la aku dok hint2 dan paksa2 soh dia berblog, tapi dia tanak. Katanya, kehidupan dia sungguh monotonous [wah ayat!!!]. Setiap hari setiap detik, rutin kehidupan dia sama saja. Tapi nun jauh disudut hati, dia ada sikit 'gedik' untuk berblog jugak, malu tapi mahu gitu!

Aku yakin dan pasti, dia ada 'bakat terpendam' dalam bidang penulisan. Tulisan dia penuh dengan sense of humor. Orangnya pon gila2 tua remaja jugak! Amat besh bila berbual bicara dengannya, apatah lagi bila membaca bait2 katanya ketika berchatting. Kejang tali pewot wooh kekadang tu! Ngeh ngeh ngeh....

Setelah memujuk, setelah memaksa, akhirnya dia bersetujuk untuk menulis blog, dengan syarat, aku jadi 'kakak angkat' kepada blognya itu. Huiyooooo....Giler pasan btoi aku nih! Dia takde pon cakap cenggitu, aku jek yang pepandai offer diri nak tolong dia berblog. Hahaha.

Setelah berhari2 meng'edit', meng'adjust' serta mendaftar pa pe yang patut, maka, muncullah blog angkatku yang ketiga yang telah menjadi milik --------> Kak Piah.

Moh le reramai kita bagi sapot kat blog nih plak ek?!?! Di samping tu, jangan la dilupakan blog angkat aku yang lelain tu jugak ek?!?! Hehehehe....

To Kak Piah, pasnih kena banjer aku makan ikan bakar kat belakang istana [Jalan Bellamy] la yek yek yek?! Ngeh ngeh ngeh! Welkam to da' club!! Enjoy blogging!!!

Nota kaki cagu: Ada orang tu berdebar2 tunggu ujung bulan nih. Hahahaha. I likeeeeeeeee!!!!
|

Pakatan axis?!?

Bebaru nih gi Kafe, minum petang dan mengisi pewot yang kelaparan. Kebetulan big bos and da' geng ada kat kafe, lepak skali.

Borak-borak, makan-makan, baru terperasan, rerupanya, baju yang Sharil pakai, sejibik-sejibuk dengan baju aku. Yang beza cuma dia pakai kemeja cutting lelaki, aku plak cutting pompuan. Warna dan corak memang seia-sekata. Wah gitu!!! Sib baik la dia bukan satu department dengan aku, kalo idak, maunya orang cakap tu pakaian rasmi untuk department aku. Ihikss...

Konah dan Kak Gee nih kalo makan, mak mentua lalu pon dewang tak pasan nih! Tengok la gambo tu, kemain khusyuk lagi memasing mengadap makanan. Ish ish ish...

Nota kaki cagu: Lately nih jadi kuat makan la pulok!!!
|

Monday, May 05, 2008

K.A.W.A.N.

Ramai salah sangka bila tengok aku asek berkepit dengan Kak Lin, Kak Gee, Konah dan Ros lately nih. Ada yang kata, aku lupo kawan2 lama sebab dah dapat kawan2 baru. Owh tidak sama sekali!! Buktinya, aku masih berkawan dengan Ros, kawan yang aku kenal sejak dari Darjah Satu di Sekolah Rendah Kebangsaan All Saints lagi. Koang ada ke kontek dengan kawan2 yang koang kenal sejak dari Darjah Satu?!? Hik hik hik...*soklan kerek giler*

Kami bukan kawan baik!!!
Sesungguhnya, kami berikrar untuk menjadi kawan yang baik sepanjang masa!!!

Together we strive for excellence!!
Eh! Eh! Salah motto tu! Ahaksssssssssss.....

Aku berkawan dengan Kak Gee pon, ada yang dengki. Ada yang cakap, sejak aku berkawan dengan Kak Gee dan Kak Lin, perangai aku pon turut berubah, jadi cam ala2 'orang tua' gitu. Salah ke ek kalo berubah jadi lebih matang?!? Selama ari nih asek kebudak-budakan jek, bila dah sedar diri sikit, kena la berubah demi kebaikan. Tak salah, kan? Berkawan dengan Kak Gee, dunia aku penuh dengan senyuman gelak tawa riang gumbira. Sedih pon, dia leh wat lawak lagi. Kalo tengah gumbira, apatah lagi, ye dak? Ngeh ngeh ngeh....

Dulu, ada orang buat tuduhan, aku nih 'kakak kecayangan' Konah.
Sampai Konah di'pulau'kan. Sian Konah!
Aku layan dia, cam aku layan adik2 yang lain. Silap ja skek, terus aku jadi 'king of the kong', kena cubit, piat dan memacam lagi. Tapi tak kisah la. Biar la orang nak cakap apa pun, aku tetap sayangkan Konah cam adik aku sendiwi.

Kenapa Ros menjauhkan diri?!? Takut dikata 'perampas' sahabat orangkah?
Nih pon dah ada terdengar ura2 yang mengatakan Ros 'sahabat baek' aku. Ye ke?!?
Tak lah! Bukan! Bukan! Ros bukan sahabat baek aku!! Sahabat baek aku cuma d'one n'only jek!! Tak lebih tak kurang. *statement jerut leher*

Biar apa pon oang kata, yang pasti, kami tetap bersahabat seperti biasa. Kawan2 tamau lawan.

Aku hepi kawan dengan dewang sumer yang di atas. Memasing pala gegila. Kalo tak puas ati jek, terus sound setepek kena kat dahi. Cakap2 belakang pon, orang depan leh dengar. Kami hanya menjalinkan persahabatan yang normal. Kekadang ada rasa hepi, kekadang ada rasa hangin, kekadang ada rasa menyampah - yang mana boleh diekspresikan secara zahir, kami luahkan. Kalo ada tak puas ati sikit ke banyak ke, kekadang tak amek pot sangat pon. Dah taw kelemahan memasing, so, wat derk jek la!

Dengan keluarnya entry nih, diharapkan orang diluar sinun, tidak membuat sebarang pertuduhan kepada persahabatan kami semua. Tiada siapa yang menjadi kawan baik kepada sapa2. Diulangi, kawan baek aku cuma seorang dan seorang itu ialah dia. Siapa dia, sila angkat tangan! *sengaja aku tanak kuarkan nama dia kat sini, kang dia over riak plak kang, aku jugak yang haru biru*

Nota kaki cagu: Tiada maksud tersirat. Baca saja yang tersurat.
|

PENGUMUMAN!!!

Kepada semua kengkawan yang rajin tipon aku menggunakan talian opis [especially Angah], sila ambil maklum bahawasanya aku telah pon menukar nombor tipon aku [nanti aku citer sebab musababnya]. Jadinya, sekiranya koang nak tipon guna nombor opis aku, sila tipon aku thru handphone terlebih dahulu, then baru aku kasik nombor tipon aku ya!

Sekian.

Nota kaki cagu: Hari bz sedonia!

|

Thursday, May 01, 2008

Dari Sabah bah....

Seperti yang semua sedia maklum, aku telah pon berlepas untuk Cuti2 Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah mulai 29 April ari tu. Trip nih diterajui oleh aku+ parents, Kak Gee + hubby, Ros + hubby, Konah dan Gee kecit.

Banyak insiden yang telah berlaku walopon trip nih baru jek bermula. Tapi insiden2 tersebut akan dipublishkan bila aku sudah kembali bekerja normal Isnin hingga Jumaat ya. Tak besh citer tanpa ada gambo, blog akan nampak boring dan busan, kan?

Walopon kitoang diduga berkali-kali, tapi kitoang tetap happening. Dalam Innova, sentiasa havoc dan kecoh! Tetambah dengan molot si Konah yang tak leh diam langsung tu, ribut bah...!!! :p

Aku ngedet blog nih dari Nexus Hotel, Karambunai. 2 ari penuh dengan aktiviti. Penat bah!! Tapi disebabkan ati aku tengah bengkek dan bebal serta amarah yang masih belum ilang nih, aku tak leh tido. Sib baik gak la Ros telah sudi mengusung laptopnya ke Sabah, diamanahkan plak untuk aku 'menggunakannya sesuka ati sesedap rasa', maka, wujudlah entry nih!

Esok pepagi mau mandi laut, pehtu terjun kolam, pehtu nak buat batik painting. Sonoknya!!! Pehtu mau check-out sudah, nak check-in kat Hotel Sutera Harbour plak. Yiieeeehaaaaa!!!

Ok la, nak gi kemas beg jap seblom menidurkan diri.

Doakan kami selamat sampai ke Semenanjung Sabtu nanti ya!

Nota kaki cagu: Sobiniyer kat diri sendiri tak terbeli2 lagi nih, tapi duit dah banyak susut nilai....macam mana ni bah?
|

Tea Lady's course! Hoh?!?! :p

Dah 2 tahun aku apply untuk gi course yang diadakan khusus untuk para 'Tea Lady' pada bulan April setiap tahun, tapi tak dapat2.

Ntah cane, this year dapat plak gi course tea lady nih. Gumbiranya ati bukan kepalang. Tu pon last menet punya confirmation, baru dapat. Tq to my boss yang telah meng'approve'kan permohonan course aku nih!

Aku gi course under PKR Successful. Ada ramai gak staf dari bank yang join. Datenya ialah pada 21 dan 22 April 2008 bertempat di Hotel Crowne Mutiara,


Sehari seblom gi course, aku dah gi survey hotel nih sesoang diri, takut sesat ma... :p

Daripada pandangan aku semut merah nih, course2 begini amatlah diperlukan untuk memotivasikan diri serta menaikkan semangat setiap tea lady untuk terus menabur budi kepada bos. Sungguh besh dan mencergaskan minda!

Aku tanak citer pepanjang tentang course nih *kes kedekut ilmu*, aku cuma nak tayang gambo2 jek sepanjang 2 hari aku gi course nih, bleh? Tak boleh pon, aku pon bolehkan gak....Blog aku kan?!?! :p

Mr. Sekaran nih sorang pakar motivasi yang sungguh besh!! I likeeeeeeeee.....


Nih plak cover file yang kitoang dapat. Suka la gambo bunga ros tu...santek!!!


Nih plak Dr. Scoti. Ramai tea lady agak kurang suka talk yang dia bagi. Busan ok?!?!


Nih plak group meja aku yang ala2 happening tapi tak sangat, bleh? Hehehe..Tapi dewang semua tak sombong arh!


Nih plak Miss Maria. Dia memang happening. Banyak aktiviti yang dibuat. Tak jemu langsung!


Nih adiah lucky draw dan adiah yang disponsor oleh pihak penganjur. Ntah sebila la aku nak pakai dompet rambu-ramba tu! Huhuhu....


Haaaaa....Nih plak doorgift yang kitoang dapat. Sebenarnya boleh pilih samada nak henpon ke, rantai emas ke or jam Bonia. Disebabkan aku dah ada 3 jam, dan aku juga tak minat dengan barang kemas, maka, aku telah memilih handphone nokia di atas. Selamat tinggal M-Mobile! Hehehehe....Dapat voucher spa gak, cam tak sesabo lak nak gi urut badan. Yes! Yes! Yes!

Nota kaki cagu: Ngedet dari Sabah bah....




|

Monday, April 28, 2008

Kelakar lak rasanya....

Ingat dak entry seblom exam ari tu, aku bitaw yang aku diattack asthma yang agak kronik?!?!

Haaa...nih gambonye!! Time nih dada aku tengah berbunyi kuat amat, ditambah dengan bunyi mesin nebulizer tu, so, bila aku amek gambo nih, idak le doktor pasan sangat. Ahakssssss.....

Tetiba jek rasa klakar dengan diri sendiri. Tengah saket2 pon sempat lagi amek gambo! Dasar palotak blog btoi arh!! Setianya aku dengan blog memang tak boleh disangkal lagi arh! Wargh kah kah kah.....

Nota kaki cagu: Dah dasar tu, dasar gak...Hahahaha.....



|

I'm backkkkkkkkk!!!!

Aku telah kembali ke opis [walopon untuk ari nih jek] setelah seminggu tak masuk opis [walopon 2 kali gak aku pi mai pi mai datang opis sesuka ati].

Keje menimbun! Giler banyak surat complaint yang aku nak kena rekod, fotostat dan reply. Semua nak kena siapkan by today gak! Sebab esok aku dah mula bercuti. Masuk opis, dah bulan 5. Nanti audit finding plak kang. Haru! Kena kalutkan diri siapkan semua surat2 nih jugak nampaknya. Iyah iyah iyah! Chaiyokkk Tipah!!!

Satgi pepetang kalo sempat, aku ngedet lagi blog kecayangan aku nih! Nak kaber stori-mori untuk seminggu! Giler banyak citer yang nak kena draft nih. Aiyark!!!

Till then, tata!!!

Nota kaki cagu: Sentiasa ada jalan bila ada kemahuan. C'mon Aemiey!
|

Wednesday, April 23, 2008

Alhamdulillah

Dah setel dah satu paper ari nih [Statistik 1]. Boleh buat ke tak boleh buat ke, semua belakang kira. Janji, aku telah berjaya menyelesaikan satu topik [Time Series kalo tak silap] yang slalunya aku buat exercise, memakan masa hampir 45minit untuk setelkan semuanya, tapi masa exam pagi tadi, aku berjaya buat tak sampai 1/2 jam. Hahahaha....*bangga dengan diri sendiri walopon belum tentu jawapan yang dibuat tu betul..bleh?* :p

Nih ngedet blog dari opis nih. Datang ke opis jap atas sebab-musabab yang boleh dikatakan agak penting jugak la. Kejutan sungguh! Tak ilang lagi rasa 'cemas' dan 'terkejut' dengan berita yang aku dengar hari Isnin ari tu. Huhuhu...Mungkin ada sesetengah staff dah taw tentang perkara nih, tapi aku nak amek langkah mendiamkan diri dulu sebelum pihak Management umumkannya. Huhuhu...Yang pasti, aku rasa sedey banget sih!! Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... :'(

Semalam tido 3 jam jek. Ngantok banget nih! Kepala pon dah rasa cam alien dah nih. Nak balik tido la jap lagi. Esok baru nak bukak buku Principal Management pulak. Hmm...

Timer kasey kat readers2 blog aku yang masih setia mengunjungi blog nih walopon koang dah sedia maklum, aku takkan ngedet blog nih sehingga ari Senin depan [tapi ngedet jugak curik2...hahaha].

Sebagai penutup bicara untuk ari nih, aku nak tinggalkan sedikit soklan [kalo rasa mampu jawab, sila la jawab ek]....

"Kalo kita dah tutup mulut, berdiam diri, tapi pihak satu lagi dok sibuk canang merata pasal hal yang dah tak patut diungkit, apa yang patut kita buat ek?"

"Dan bertambah menjengkelkan bila orang yang takde kena-mengena dalam ini hal, sungguh la BZ BODY yang amat, nak gak interprem dan mem'backing' pihak satu lagi, tanpa tanya pada pihak yang dituduh. Apa yang patut kita buat dengan orang2 sebegini ek?"


Sekian saja untuk hari ni, semoga bertemu dilain masa....Take care everybody! Tata!!!

Nota kaki cagu: Sabar masih ada hadnya....
|